Saturday, August 1, 2009

Jurutera Proses (Kimia) Dalam Bidang Industri Minyak dan Gas

Sebagai pengalaman saya 15 tahun dalam industri minyak dan gas, karier saya sebagai jurutera proses atau jurutera kimia merupakan satu kerja yang memenuhi permintaan keperluan pakar berteknologi tinggi dalam industri minyak dan gas lebih lagi diperingkat antarabangsa, dan begitu juga di dalam negeri ,di negara kita. Dengan memiliki Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun 1994, Kuala Lumpur, Malaysia, menunjukkan kita graduan tempatan mampu berusaha untuk mengembangkan karier dan pengalaman dari peringkat negara atau national keperingkat international. Ini sejajar dengan kehendak kerajaan untuk melahirkan teknokrat-teknokrat masa hadapan. Diawal karier saya selepas tamat pengajian di UTM, saya memulakan karier jurutera graduan dengan syarikat multinasional ABB (Switzerland & Sweden) selama 2 tahun kemudian bekerja sebagai Jurutera Process Rekabentuk dengan Syarikat Antarabangsa JV, STORK PROTEK Engineers dan WORLEY Engineering selama 8 tahun, disinilah saya diberi pendedahan dalam bidang rekabentuk dengan projek-projek syarikat minyak utama utama dinegara kita seperti SHELL, EXXONMOBIL dan Petronas Carigali diMalaysia. Begitu juga diberi peluang untuk bekerja di syarikat-syarikat minyak utama tersebut sebagai jurutera secara kontrak melalui dari syarikat perundingan. Kemudianya terus melangkah keperingkat antarabangsa bekerja bersama Syarikat SHELL Brunei Petroleum sebagai kontrak staff selama 3 tahun, memandangkan permintaan jurutera-jurutera yang tinggi di negara-negara teluk, industri minyak dan gas semakin pesat, maka pada tahun 2006 saya berkerja diUAE dengan salah sebuah syarikat minyak semi kerajaan Abu Dhabi Marine merupakan kumpulan anak syarikat kerajaan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) yang menjalankan operasi aktiviti luar pantai minyak dan gas diperairan Abu Dhabi negara UAE. Itu serba sedikit pengenalan buat diri saya dimana saya akan menceritakan pengalaman awal untuk menguasai ilmu dan skala kompetensi kejuruteraan kimia dari peringkat awal penglibatan dalam industri minyak dan gas sehingga sekarang. Dimana kini mendapat pengiktirafan jurutera berpengalaman diperingkat antarabangsa Institusi Jurutera-Jurutera Kimia , United Kingdom, Persatuan Pemimpin Industri, New York, dan juga Persatuan Pakar Alumni peringkat antarabangsa, layak berkomunikasi dengan professional-professional dalam bidang akedemik, industri dan sebagainya untuk memperluaskan pengetahuan dalam bidang industri minyak dan gas terutamanya diperingkat global.

15 comments:

  1. pok nik..
    rerajin lah update yer...
    kalo ramai yg buat blog mcm ni kan bagus...

    ReplyDelete
  2. Pok Nik, very interesting. All Engineering students MUST read your blog. Keep on blogging!

    ReplyDelete
  3. poknik ada kerja kosong tak di tempat poknik? mcm berminat aje..

    ReplyDelete
  4. rasa bersemangat la baca blog ni...
    trima kasih pok nik...

    ReplyDelete
  5. sy dr lpasan politeknik sijil kejuruteraan elektrik petroleum..... boleh kah sy memohon kerja di sektor ini

    ReplyDelete
  6. are there any female engineers in this industry?

    ReplyDelete
  7. peluang kerja skarang ni sgt2 cerah ke?
    n yup..are there lot of female in this industry
    i would love to futher my study in this course

    ReplyDelete
  8. klo boleh sy tahu gaji Pok NiK brape? klo boleh bg tau secara detail, bile naik gaji, brape knaikan setahun,brape bonus, gaji maksimum jurutera kimia, mcm mne kerje die. Hope uu ans all my quest. klo boleh sy nk email Pok Nik, boleh sy tanya mcm2 nnt. Terima Kasih Byk2.

    ReplyDelete
  9. Free time byk take poknik?minimum qualification nak amik course tu?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum pok nik sye dpat kjuruteraan proses kimia kat utm jgak...tpi sye xpsti ianya kos yg bgus ke tak..awak rsa ok x kos nie??

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum pok nik sye dpat kjuruteraan proses kimia kat utm jgak...tpi sye xpsti ianya kos yg bgus ke tak..awak rsa ok x kos nie??

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum pok nik sye dpat kjuruteraan proses kimia kat utm jgak...tpi sye xpsti ianya kos yg bgus ke tak..awak rsa ok x kos nie??

    ReplyDelete