Saturday, August 1, 2009

Cita-cita untuk menjadi Jurutera Mesti dipupuk Dari Bangku Sekolah


Sebagai pengenalan dan mukadimah untuk saya menceritakan kerjaya jurutera process, sedikit kenangan dan ingatan untuk adik-adik , saya semasa dimasa sekolah rendah lagi diantara darjah 1 sehingga darjah 6, bapa selalu bertanya cita-cita untuk menjadi apa bila besar nanti, maka saya pun tidak tahu nak jawab setelah bapa memberitahu katanya jadilah "Engineer", bagi disitulah terfikir dan ingatan kekal sehingga ke sekolah menengah sampai SPM sebagai cita-cita dizaman sekolah macam -macam ragam bila meningkat dewasa namun cita-cita tetap menjadi dorongan supaya hidup mesti berjaya, selepas SPM tu bila tengok keputusan yang tak berapa baik dan memberangsangkan, jadi mula terfikir dimana nak meneruskan pelajaran, bertanya kepada kawan-kawan ada peluang nak jadi jurutera dengan keputusan SPM ini, ada setengah kawan tu beritahu pengalaman abang mereka yang masuk ke UTM yang mengambil jurusan kejuruteraan petroleum dan kimia yang menjanjikan masa depan yang cerah, kerana pendapatan yang dikirakan lumayan bila bekerja disektor minyak dan gas, masa tu masih fikir2 universiti mana yang boleh terima dengan keputusan yang ada dan akhir maka memohon Universiti Teknologi Malaysia, dapatlah tawaran ke Univesiti Teknologi Malaysia setelah ditemudugakan untuk jurusan kejuruteraan kimia (gas), pada permulaan aakhir tahun pertama dan kedua mengikuti kejuruteraan petroleum dan gas di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraaan Sumber Asli (FKKKSA). Itulah rezeki semasa belajar , malah pihak MARA sendiri menawarkan melanjut pelajaran ke USA dibawah perogram AAD masih saya diberi harapan dan peluang, dalam bidang ijazah perakaunan, namun sudah rasa terlambat, keputusan dan pilihan dan peluang kerjaya masa depan lebih terbayang dalam bidang kejuruteraan diUTM menjadi satu kepastian nanti. Maka bila masuk UTM dari situ belum fikir apa2 belajar dan belajar ada malas ada rajin, ada semangat, ada kurang dan nak relak dan sebagainya , sehinggalah diakhir tahun boleh terfikir nak habis cepat nak kerja cepat, bila tamat sudah, belajar nak kerja dan membantu orang tua dan adik-adik yang lain masih belajar. Bermula dengan kerjaya pertama disinilah bermula liku-liku berkerjaya dan kehidupan, tanpa disedari rupa2nya kerja Jurutera Kimia ini menjanjikan peluang yang lebih besar dalam bidang industri minyak dan gas maka disitulah timbulnya minat dan kesedaran untuk bekerja dengan keras dan mendapat pengalaman dan juga pengetahuan tentang kejuruteraan kimia dalam segi rekabentuk sistem fasiliti yang dimiliki oleh syarikat minyak diMalaysia, untuk menunjukkan bahawa penglibatan dalam industri minyak dan gas menjanjikan masa depan yang cerah dan boleh mengembang ilmu dan pengalaman kepada mereka-mereka yang lebih muda untuk memilih kerjaya kejuruteraan sebagai pilihan mereka nanti. Kerjaya kejuruteraan kimia adalah jarang sekali diceburi secara meluas oleh para graduan pada masa itu kerana kekurangan permintaan secara kompetitif, peluang nya tidak begitu ramai kerana ramai pelajar-pelejar terbaik SPM telah pun ditaja oleh syarikat-syarikat minyak tempatan sperti Petronas, Esso and Shell untuk menyambung pelajaran mereka didalam negeri atau luar negeri, dan mereka balik terus berkidmat sebagi jurutera muda secara terus. Namun mungkin sekarang graduan-graduan kejuruteraan kimia telah bertambah dan berkecimpung dalam pelbagai sektor industri selain dari minyak dan gas. Industri minyak dan gas merupakaan satu industri yang memerlukan kepakaran dan berteknologi tinggi. Boleh saya katakan, yang saya bermula dari bawah dari satu tahap ke satu tahap untuk mendapatkan pengalaman dan juga pengetahuan penguasaan dalam satu-satu bidang yang diceburi dimana belajar dari mereka yang berpengalaman yang memberi tunjuk ajar. Bagi adik-adik yang mahu mengikuti atau bercita-cita untuk menjadi jurutera kimia mestilah menumpukan kepada subjek kimia , fizik dan metamatik tambahan supaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti, sehingga dapat menempatkan tempat dipusat matrikulasi belajar didalam negeri atau diluar negeri untuk mendapat tempat. Kini Universiti Petronas telah hampir berusia lebih 5 tahun dapat menampung pelajar-pelajar cemerlang untuk menempat peluang-peluang kepada mereka untuk setelah menjalani pengajian diuniversiti tersebut berkidmat terus dan mendapat biasiswa dari syarikat Petronas itu sendiri, peluang menyambung pelajaran keluar negeri juga disalurkan asal keputusan akedemik yang baik dan cemerlang. Zaman kini sudah banyak berubah , pada zaman saya dahulu kelayakan SPM tak begitu cemerlang pun masih ada peluang yang dikatakan cerah untuk menyambung dalam bidang kejuruteraaan, disebabkan saingan untuk menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia bukanlah pada masa itu menjadi universiti pilihan utama bagi pelajar-pelajar yang terbaik lepasan SPM, kebanyakan mereka yang terbaik menumpukan bidang kedoktoran yang lebih lazim dan peluang belajar keluar negeri masih menjadi keutamaan, hanya mereka yang mendapat keputusan yang sederhana dan baik sahaja menjadi pilihan mereka dan ditawar dan diterima belajar diUniversiti Teknologi Malaysia , juga ramai rata-rata diantara mahasiswa-mahasiswi adalah terdiri golongan yang sederhana dan miskin yang dibantu oleh kerajaan terutamanya pelajar-belajar bumiputera yang datangnya dari kampung-kampung, namun kini ramai pelajar-pelajar pintar di peringkat SPM sehingga kemasukan diUTM sudah pun dipertingkatkan kelayakananya dengan kecemerlangan pelajar diperingkat matrikulasi diambil kira. Alhamdullilah semunya ketentuan Allah dan rezekinya yang kita kena yakini. Apa yang penting sebagai pelajar-pelajar diperingkat sekolah adalah penting untuk memupuk dan menanam cita-cita untuk berkerjaya sejak kecil dibangku sekolah dan belajar bersunguh-sunguh untuk mencapai cita-cita seperti jurutera, doktor,peguam, akauntan dan sebagainya yang biasanya menjadi pekerja bertaraf professional dimasa akan datang untuk membangun negara dan bangsa dalam sektor perkidmatan dan menjanakan kegiatan ekonomi negara.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Pok Nik, indeed you are now doing a kind of "Amal Jariah" in the form of "Ilmu yang Memberi Manafaat".

    I am not surprised if another few more years there is somebody, somewhere, somehow will tell others that he or she really interested to pursue engineering career because he or she have read "Teratak Sulong"(which is nothing to do with Parit Sulong town in Batu Pahat) continuously,

    Maybe you have to spend time to write this blog, BUT it's WORTH for the mind development of our Muslim future engineers. BRAVO! Go for it Brother!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, sebenarnya I pun admire macamana u success dalam business, sebab for me very difficult to be a business person.

    ReplyDelete
  4. salam pok nik..
    saya nih student UTM final sem dah..cita2 nk engineer..sy stdent FKA..nk jd engineer civil..teringin nk g abu dhabi tapi sy ni pompuan x byk peluang..doakan yer..tumpg bangga dgn kejayaan pok nik..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,saya pelajar sekolah menengah lagi,tahun ini saya akan menduduki PMR.saya berharap saya dapat 8A supaya saya dapat mengejar cita-cita saya sbg seorang jurutera kimia petroleum.doakan kejayaan saya.....

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..sy pljar lepasan spm 2011 dan masih mnunggu rsult yg tggal x brapa hari lg...sy bminat dlm kjuruteraan kimia bila sy naik f4..bila blajr sbjek2 sn.bmula dr c2,sy mula utk mncari info2 ttg kejuruteraan kimia.so,sy harap sy dpt kputusn yg baik dlm spm ni dan dpt smbg blajar di matrix dan sterusny smbg blaja dkt usm dlm bidg nie wlaupn ma abh sy lebih suka sy jd ckgu..

    ReplyDelete
  7. salam . saya ni bakal amik bidang chemial engineer process. bblog ni sgt membantu . bole tak citer kerjaya sal jurutera kimia dari pengalaman yg unc tempuhi .. ? and ttg peluang pekerjaan utk bidang nie bagi tahun nie pulak camna..

    ReplyDelete